Wednesday, May 12, 2010

Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya



Semasa Perang Dunia ke-2 berbagai kerajaan boneka yang memerintah negara di Asia yang diduduki oleh Jepun, memanipulasi penduduk tempatan dan ekonomi untuk kepentingan Empayar Jepun dan menyokong konsep Asia bersatu dalam ketiadaan (atau menentang) pengaruh Eropah. Ia adalah satu konsep Tentera Empayar Jepun yang dimulakan oleh Hachiro Arita, seorang ideologist tentera yang berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Jepun dari tahun 1936-1940. "

Menteri Luar Jepun Matsuoka Yosuke secara rasmi mengumumkan idea "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya" pada 1 Ogos 1940, dalam satu wawancara akhbar, tapi ia sudah wujud dalam berbagai bentuk selama beberapa tahun. Pemimpin Jepun telah lama mempunyai kepentingan dalam idea ini, pada hakikatnya untuk meluaskan kuasa Jepun dan memperoleh sebuah kerajaan berdasarkan model Eropah, meskipun ia seolah-olah untuk membebaskan Asia dari imperialisme.

Sebagai sebahagian daripada usaha perang, propaganda Jepun termasuk istilah seperti "Asia untuk Orang Asia!" dan "Semangat Asia" adalah sesuatu yang dirasakan perlu untuk membebaskan negara-negara Asia dari kekuatan imperialis. Dalam beberapa kes masyarakat tempatan menyambut kedatangasn tentera Jepun ketika mereka menyerang dan menghalau kerajaan serta tentera Inggeris, Belanda dan Peranchis. Secara umumnya kekejaman selanjutnya yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan penduduk dari wilayah yang diduduki menganggap imperialis Asia baru ini sebagai sama atau jauh lebih buruk dari imperialis Barat.

Dari sudut pandang Jepun, terdapat punca di belakang satu prinsip utama mengenai "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur" dan memulakan peperang dengan Tentera Berikat: pasaran Cina. Jepun inginkan " hubungan penting" mereka berkaitan dengan pasaran Cina diiktiraf oleh kerajaan Amerika Syarikat. A S, yang mengakui potensi kelimpahan kekayaan dalam pasaran ini, tidak mahu membiarkan Jepun mempunyai kelebihan dalam menjual ke pasaran Cina. Dalam usaha untuk memberikan kelebihan secara rasmi kepada Jepun keatas pasaran Cina, rejim Empayar Jepun pada mulanya menyerbu Cina dan kemudian melancarkan "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya".

Menurut Menteri Luar Negeri Shigenori Togo (pada 1941-1942 dan 1945), jika Jepun berjaya dalam mencipta kawasan ini, ia akan muncul sebagai pemimpin Asia Timur, dan "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur" akan menjadi nama lain untuk Empayar Jepun. 'Satu Siasatan Dasar Global Dengan Bangsa Yamato sebagai Inti', sebuah dokumen rahsia kerajaan Jepun yang disiapkan pada tahun 1943, secara jelas menyatakan penguasaan Jepun ke atas bangsa Asia lain dan menunjukkan bahawa propaganda ini hanyalah untuk menutup tujuan sebenar dominasi Jepun di Asia.

Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya runtuh apabila Jepun menyerah kalah kepada Pihak Berikat pada bulan Ogos 1945.