Wednesday, August 4, 2010

Serangan udara di Pearl Harbor


Pada 07/08 Disember 1941 tentera Jepun mendarat di Kota Bharu di Tanah Melayu dan selatan Thailand pada masa yang sama dengan kapal terbang Tentera Laut Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap armada dan angkatan udara Amerika di Pearl Harbor. Serangan itu dilakukan untuk membolehkan Jepun untuk maju melalui kawasan Asia Pasifik tanpa sekatan. Pesawat Jepun menghancurkan sebahagian besar armada Pasifik Amerika. 188 pesawat Amerika hancur, 2.402 anggota terbunuh dan 1282 cedera. Jepun kehilangan 29 pesawat dan lima kapal selam kecil. Amerika mengisytiharkan perang terhadap Jepun pada hari berikutnya.

Tuesday, August 3, 2010

Menyerah kalah di Kilang Ford


Bilik di mana Lt-Jen Yamashita dan Lt-Jen Percival bertemu adalah sebuah pejabat di Kilang Ford. Empat pegawai British, diketuai oleh Percival yang pucat seperti kertas, duduk di depan sebuah meja mesyuarat besar. Yamashita dan pegawai Jepun yang lain berada di bahagian berlawanan. Selanjutnya soalan-soalan dan jawapan:

Yamashita: menyerah tanpa syarat. Ya atau Tidak?

Percival: Jawapan akan diberikan esok pagi.

Yamashita: Besok? Kenapa besok? Tentera kami akan melakukan serangan malam pada malam ini.

Percival:: Sila tunggu hingga pukul 11:30 malam (waktu Jepun)

Yamashita: Hingga 11:30 malam askar kami akan menyerang sampai waktu itu

Percival ... ..

Yamashita: Aku bertanya dengan jelas. Menyerah tanpa syarat. Ya atau Tidak!

Ketika tangan terkepal Leftenan Jeneral Yamashita menumbuk ke atas meja dengan suara keras, Percival berkata: "Ya" dan menandatangani dokumen menyerah kalah..

Waktu itu adalah pukul 7.50 pada 15 Februari 1942. 100 tahun mimpi sebuah empayar British di timur jauh musnah.

Saat itu masa yang sangat emosional bagi orang Jepun, yang kemudian akan menukar nama Singapura kepada "Syonan" (Cahaya Selatan).

Monday, August 2, 2010

Tambak Johor dimusnahkan


Tentera Jepun akhirnya memasuki bandar Johor Bharu pada 31 Januari 1942 selepas bergerak ke selatan dalam masa 55 hari dalam hujan monsun. Mereka berada lebih dekat dari sebelumnya dan mereka dapat melihat Singapura di kawasan yang bertentangan dari atas menara. Pangkalan Tentera Laut Briitish di Singapura sekarang tepat berada di seberang selatan Selat Johor yang sempit itu.

Para jurutera tentera British telah meledakkan bom di tengah Tambak Johor 50 meter dari bandar Johor Bharu. Tidak ada perahu di Selat Johor. Semuanya tenang. Tidak ada bunyi tembakan senjata sama sekali. Tentera British dan Jepun sama-sama gelisah menunggu untuk pertempuran terakhir.

Sunday, August 1, 2010

Jambatan manusia


Briged jurutera tentera Jepun membentuk sebuah jambatan manusia menyeberangi sungai di hutan tebal. Mereka membina jambatan manusia untuk membantu tentera mereka dengan cepat menyeberangi sungai. Batang buluh di atas bahu mereka terasa berat setiap kali para askar berjalan di atas mereka. Dalam masa 55 hari briged jurutera Jepun telah membaiki atau membina 250 buah jambatan sepanjang 1100 kilometer jalan dari  Singora ke Johor Bharu. Ini bermakna mereka memperbaiki rata-rata 4 buah jambatan sehari. Itulah sebabnya kempen Tanah Melayu bagi Jepun dikatakan pertempuran terhadap hutan dan jambatan.

Sebelumnya di Eropah pada 1939-40, briged jurutera satu kompeni tentera Jerman memiliki kemampuan untuk memperbaiki sebuah jambatan sepanjang 9 meter dalam sehari. Di bahagian hadapan Tanah Melayu, briged jurutera tentera Jepun dapat membaiki lebih banyak jambatan seperti itu dan dalam keadaan yang lebih buruk. Tanpa kerja jurutera briged ini, kemaraan mereka sebanyak 20 kilometer sehari tidak mungkin akan berlaku. Usaha briged jurutera mereka adalah faktor utama dalam kemenangan Jepun di Tanah Melayu.

Saturday, July 31, 2010

Leftenan-Jeneral Percival dengan bendera putih


Pada pukul 6.40 petang 15 Febuari 1941, ketua tentera British Leftenan-Jeneral Percival menaiki lereng bukit di sebelah utara persimpangan jalan Bukit Timah. Pegawai tentera yang membawa bendera putih adalah Kapten Wilde beserta Brigedier-Jeneral Torrance yang membawa bendera Inggeris. Di sebelah kanan pula adalah Leftenan-Jeneral Percival yang bersedih, bersama dengan Mejar-Jeneral Newbiggins. Percival serta pegawai stafnya yang tewas telah dipimpin oleh Kolonel Sugita serta anggota tentera Jepun ke Kilang Kereta Ford untuk menyerah kalah kepada ketua tentera Jepun, Leftenan-Jeneral Yamashita.

Tidak siapa sangka Benteng Singapura yang kuat itu akan runtuh dengan begitu mudah. Setelah 70 hari semenjak tentera Jepun meyerang utara Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan sejak 7 hari mereka menyeberangi Selat Johor, Singapura, sebuah benteng pertahanan British telah runtuh dengan mudah.

Wednesday, May 12, 2010

Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya



Semasa Perang Dunia ke-2 berbagai kerajaan boneka yang memerintah negara di Asia yang diduduki oleh Jepun, memanipulasi penduduk tempatan dan ekonomi untuk kepentingan Empayar Jepun dan menyokong konsep Asia bersatu dalam ketiadaan (atau menentang) pengaruh Eropah. Ia adalah satu konsep Tentera Empayar Jepun yang dimulakan oleh Hachiro Arita, seorang ideologist tentera yang berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Jepun dari tahun 1936-1940. "

Menteri Luar Jepun Matsuoka Yosuke secara rasmi mengumumkan idea "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya" pada 1 Ogos 1940, dalam satu wawancara akhbar, tapi ia sudah wujud dalam berbagai bentuk selama beberapa tahun. Pemimpin Jepun telah lama mempunyai kepentingan dalam idea ini, pada hakikatnya untuk meluaskan kuasa Jepun dan memperoleh sebuah kerajaan berdasarkan model Eropah, meskipun ia seolah-olah untuk membebaskan Asia dari imperialisme.

Sebagai sebahagian daripada usaha perang, propaganda Jepun termasuk istilah seperti "Asia untuk Orang Asia!" dan "Semangat Asia" adalah sesuatu yang dirasakan perlu untuk membebaskan negara-negara Asia dari kekuatan imperialis. Dalam beberapa kes masyarakat tempatan menyambut kedatangasn tentera Jepun ketika mereka menyerang dan menghalau kerajaan serta tentera Inggeris, Belanda dan Peranchis. Secara umumnya kekejaman selanjutnya yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan penduduk dari wilayah yang diduduki menganggap imperialis Asia baru ini sebagai sama atau jauh lebih buruk dari imperialis Barat.

Dari sudut pandang Jepun, terdapat punca di belakang satu prinsip utama mengenai "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur" dan memulakan peperang dengan Tentera Berikat: pasaran Cina. Jepun inginkan " hubungan penting" mereka berkaitan dengan pasaran Cina diiktiraf oleh kerajaan Amerika Syarikat. A S, yang mengakui potensi kelimpahan kekayaan dalam pasaran ini, tidak mahu membiarkan Jepun mempunyai kelebihan dalam menjual ke pasaran Cina. Dalam usaha untuk memberikan kelebihan secara rasmi kepada Jepun keatas pasaran Cina, rejim Empayar Jepun pada mulanya menyerbu Cina dan kemudian melancarkan "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya".

Menurut Menteri Luar Negeri Shigenori Togo (pada 1941-1942 dan 1945), jika Jepun berjaya dalam mencipta kawasan ini, ia akan muncul sebagai pemimpin Asia Timur, dan "Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur" akan menjadi nama lain untuk Empayar Jepun. 'Satu Siasatan Dasar Global Dengan Bangsa Yamato sebagai Inti', sebuah dokumen rahsia kerajaan Jepun yang disiapkan pada tahun 1943, secara jelas menyatakan penguasaan Jepun ke atas bangsa Asia lain dan menunjukkan bahawa propaganda ini hanyalah untuk menutup tujuan sebenar dominasi Jepun di Asia.

Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya runtuh apabila Jepun menyerah kalah kepada Pihak Berikat pada bulan Ogos 1945.